Log Masuk
 
banner-tanah4.jpg

Foto Lensa Lajnah

Hubungi Kami

Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal
Fadhil Osman (Pegawai)
+6017-333 9668
tanah@pas.org.my

Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (BANGKIT)
Abd.Rahman Ramli (Pengerusi)
+6013-684 4757
abdrahman163@yahoo.com

Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera (KERABAT)
Lt.Kol (B) Hj Mohd Nazari Mokhtar (Presiden)
+6019-792 6020
nazarimokhtar@hotmail.com

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)
Faisal (Setiausaha)
+6019-719 8034
persatuananakpenerokafelda@gmail.com

Badan Bertindak Peneroka Felcra Kebangsaan (BAPA)
Mohd.Khairol Fikri (SUK)
+6013-596 5419
paslenggong@yahoo.com

Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH)
Hishamuddin Sulaiman (Pengerusi)
+6019-862 2790
unitpenerangan@yahoo.com

Wilayah Terengganu Tengah, DARA, KEROJA, KESEDAR & Wilayah Kedah (WARIS)
Ust Roslan Ismail (Pengerusi)
+6019-951 2229
muslimhub@yahoo.com

Gerakan Selamatkan Felda (GSF)
Nasaie Ismail (Pengerusi)
+6019-962 4114
nasaie_16@yahoo.com

Pertahankan Kampung Tradisi & Warisan Bangsa (ANAK WARISAN)
Mohd.Suhaimi Abd.Aziz (Setiausaha)
+6019-603 9187
suhaimidppwp@gmail.com

Badan Prihatin Orang Asal (BATIN)
Dr.Ungku Mohd.Noor Ungku Mahmood (Pengerusi)
+6019-708 1031
badanprihatinorangasal@gmail.com

Persatuan Anak Penoreh Getah (PETAH)
Pn.Intan Hj.Kasah (Pengerusi)
+6013-310 6252
kebajikananakpenorehgetah@gmail.com

Informasi Alternatif

Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini103
mod_vvisit_counterKeseluruhan573253
Akhirnya....

12 Mei 2015 (Selasa) Gua Musang : Penantian lebih 30 tahun peneroka di Felda Chiku 1 dan 2 untuk memiliki geran tanah berakhir apabila mereka menerima surat hak milik semalam. Seramai 107 peneroka dari kedua-dua kawasan Felda tersebut menerima geran tanah daripada Timbalan Menteri Besar YB Datuk Mohd Amar Abdullah.

Baca Lagi...
 
Kenapa Jual?

07 Mei 2015 (Khamis) Kuala Lumpur : NGO Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mempersoalkan tindakan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang mahu menjual ketiga-tiga syarikat milik agensi itu sedangkan syarikat terbabit mendatangkan keuntungan kepada Felda. Penjualan itu yang termasuk Felda Travel, Felda Property dan Felda Prodata Systems, akan dijalankan menerusi proses tender terbuka.

Baca Lagi...
 
Tahniah Ust.Nazri

21 April 2015 (Selasa) Kuala Lumpur : Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) merakam ucapan tahniah kepada Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin, Ustaz Nazri Ahmad yang diumumkan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P.091 Rompin. Presidennya, Mazlan Aliman berkata, PAS membuat keputusan yang tepat apabila mencalonkan Nazri, 40, yang merupakan anak peneroka Felda Keratong 5.

Baca Lagi...
 
Selamatkan Kg.Banggol Donas

13 April 2015 (Isnin) Kuala Nerus : Tajuk tulisan ini mungkin agak sedikit provokatif, namun dalam lanjutan tulisan ini, ia akan menjelaskan kenapa tulisan ini diberi tajuk sedemikian. Sebelum pergi dengan lebih lanjut, amatlah baik untuk menelusuri semula antara kandungan “Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu” yang diisytiharkan pada 5 Ogos 1957. Antara lain kandungannya menyebut;

“Kami isytiharkan dan kami simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasil dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain”. Satu wasiat yang sangat utuh selain indah untuk dihayati oleh generasi muda hari ini, khususnya orang Melayu sendiri dewasa ini. Namun apa yang berlaku selepas puluhan tahun di Malaysia, tanah rizab Melayu ini makin hilang dan dirampas oleh pihak kapitalis yang angkuh, sehingga hari ini hanya tinggal 12 peratus sahaja.

Baca Lagi...
 
Kita Tunggu Kesudahannya...

09 Mac 2015 (Isnin) Kuala Lumpur : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membuat tangkapan ke atas ketua pegawai eksekutif sebuah anak syarikat Felda pada 1 Mac lalu. "Beliau masih dalam tahanan direman sehingga 10 Mac 2015," jelas Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dalam satu kenyataan yang merujuk kepada laporan media baru-baru ini.

Menurutnya, SPRM turut menahan seorang ahli perniagaan pada 26 Februari 2015. Katanya, dia ditahan reman sehingga 5 Mac 2015 dan disambung reman selama empat hari sebelum dibebaskan pada 7 Mac 2015. Jelas beliau lagi, kedua-dua mereka yang berusia 44 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menyeleweng wang anak syarikat Felda berhubung pembelian sebuah hotel di Port Dickson bernilai lebih kurang RM40 juta. "Setakat ini seramai 23 orang telah diambil keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16 a(A) Akta SPRM 2009. Siasatan masih berterusan," ujarnya.

Berita sini

 
Perlu Persiapan Awal Elak Banjir

06 Februari 2015 (Jumaat) Kuala Krai : Kerajaan negeri akan membuat persiapan lebih awal bagi menghadapi kemungkinan banjir besar dalam tempoh 10 tahun akan datang. Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, fenomena alam yang tidak menentu sekarang membuatkan kerajaan negeri terpaksa membuat persiapan lebih awal. "Apa pun kita mendoakan agar Allah tidak mendatangkan ujian banjir besar yang sememangnya tidak mampu dihadapi oleh kudrat kita,” katanya ketika merasmikan Program 'Kampung Angkat Ku' di Kampung Manjor di sini, kelmarin.

Baca Lagi...
 
Renung Kembali Masa Silam

21 Januari 2015 (Rabu) : Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman menyeru generasi baru Felda terutama yang telah berjaya hari ini supaya menghargai perjuangan tokoh-tokoh terdahulu. Beliau berkata, tokoh-tokoh terdahulu adalah kelompok asal yang awal merasai segala kesukaran dan suka duka memperjuangkan hak peneroka.

Baca Lagi...
 
Bantuan Banjir 'Politik'

09 Januari 2015 (Jumaat) Gua Musang, Kelantan : Seorang warga emas di Rancangan Pembangunan Tanah Lebir hadir ke tempat penyampaian bantuan banjir tertera gambar dacing, namun kelu selepas diminta bersumpah sebagai syarat menerima bantuan. Marah dengan tindakan politik murahan tersebut peneroka beredar keluar biarpun tahu bantuan disedia di majlis itu disumbang pelbagai pihak termasuk kerajaan pusat.

Baca Lagi...
 
Al Fatihah

08 Januari 2015 (Khamis) Kuala Lumpur : Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) merakamkan takziah kepada balu dan keluarga Allahyarham Bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Tan Sri Sabri Ahmad yang meninggal dunia kira-kira jam 5 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya. Presiden ANAK, Mazlan Aliman memohon semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. "Saya difahamkan oleh kakitangannya, Allahyarham rajin membaca al-Quran walau di mana sahaja berada sama ada di pejabat ataupun di dalam kereta, moga rohnya di tempatkan di kalangan orang yang beriman," ujar Mazlan.

Baca Lagi...
 
Pertemuan Tidak Seperti Diharapkan

 

23 Disember 2014 (Selasa) Kuala Lumpur : Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) melahirkan rasa kesal apabila pertemuan yang diatur dengan Felda Global Ventures (FGV) hari ini tidak seperti diharapkan. Presidennya, Mazlan Aliman berkata pertemuan itu yang diatur bagi tujuan mendapatkan gambaran sebenar tentang kejatuhan saham FGV yang semakin merudum, namun ketiadaan pegawai kanan FGV untuk berbuat demikian.

Baca Lagi...
 
Pahang perlu kurangkan kerugian dalam FGVH

 

 

19 Disember 2014 (Jumaat) Kuantan : Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Beserah YB Andansura Rabu membuat beberapa cadangan bagi meningkatkan pendapatan dan menguruskan perbelanjaan negeri Pahang. Ketika membahaskan bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Andansura berkata pendapatan boleh ditingkatkan dengan menarik pelabur-pelabur dalam dan luar negara ke negeri ini. “Bagaimanapun kerajaan mestilah menyiapkan suasana yang kondusif kepada pelabur dengan prasarana lengkap dan baik. Selain bekalan air dinaik taraf, jalan raya yang baik dan selamat terutama jalan raya di sekitar Kuantan ke pelabuhan melalui Kawasan Industri Gebeng yang dianggap teruk pada masa ini.

Baca Lagi...
 
Isu Perumahan Di Pulau Pinang

Pertelingkahan Pembuat Dasar

1. Perkara pertama yang perlu diakui adalah kepesatan kemajuan negeri Pulau Pinang (dengan pertumbuhan GDP negeri~5% pada 2012 dan FDI~RM3.1b untuk Jan-Mei 2014) telah mengakibatkan harga hartanah  melonjak naik seperti yang dinyatakan ahli Majlis MPPP Saudara Hariszuan.

2. Malah menurut REHDA, peningkatan semua kos terlibat yang sebenarnya telah menyebabkan kenaikan harga hartanah

Baca Lagi...
 
Tanah Rizab Melayu: Angan-angan atau realiti

TAJUK tulisan ini mungkin agak sedikit provokatif, namun dalam lanjutan tulisan ini, ia akan menjelaskan kenapa tulisan ini diberi tajuk sedemikian. Sebelum pergi dengan lebih lanjut, amatlah baik untuk menelusuri semula antara kandungan “Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu” yang diisytiharkan pada 5 Ogos 1957. Antara lain kandungannya menyebut; “Kami isytiharkan dan kami simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, hasil dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain”

Baca Lagi...
 
Mohon Siasatan

08 Disember '14 (Isnin) Kuala Lumpur : Isu pemberian bonus secara tidak adil dALAM kalangan ahli lembaga pengarah Felcra yang didedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) baru-baru ini membuktikan pendedahan Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA) sebelum ini berasas. Justeru, bagi memastikan isu tersebut disiasat secara telus, BAPA mengambil langkah membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kuala Lumpur, hari ini.

Baca Lagi...
 
Retorik UMNO

03 Dis.'14 (Rabu) Kuala Lumpur : Walaupun Persidangan Agung Umno (PAU) yang lepas membincangkan isu membabitkan tanah bumiputera, namun parti yang dikatakan memperjuangkan hak bumiputera itu terus mengambil tanah rakyat dengan alasan pembangunan. Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Nasaie Ismail berkata keputusan yang dibuat Kerajaan Negeri Melaka mengekalkan untuk mengambil tanah rezab Melayu di Kampung Sungai Jerneh untuk dijadikan empangan adalah tindakan tidak bertanggungjawab.

Baca Lagi...
 

Program

No events

Video

Muat Turun


No Documents